Tips Menjawab Peperiksaan
Peperiksaan makin hampir. Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Apa yang penting semasa menjawab soalan adalah anda perlu faham kehendak soalan. Ia melibatkan semua mata pelajaran. Untuk itu ada perlu mempunyai penguasaan bahasa yang baik. Jangan ambil mudah dengan bahasa.
Bahasa merupakan satu perkara yang amat penting sekali. Ia merupakan satu instrumen yang menentukan ada mampu berkomunikasi dengan baik. Jika anda mampu menguasai bahasa dengan baik, anda mampu memahami kehendak sebarang soalan dengan baik.
How much sugar is in a can of soda?
KERJASAMA DALAM PENDIDIKAN SAINS
Sedar atau tidak, soal pendidikan anak-anak kini lebih banyak dibebankan di atas bahu orang lain. Termasuk dalam hal ini adalah yang berkaitan dengan mendidik minat anak terhadap sains. Anggapan ibu bapa, pendidikan sains untuk anak-anak adalah tanggungjawab guru semata-mata. Namun, hakikatnya, kesedaran dan minat awal anak-anak terhadap bidang sains seharusnya bermula di rumah. Seterusnya, minat tersebut dikembangkan di sekolah.
Ini menunjukkan bahawa kerjasama membentuk minat anak terhadap bidang sains adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, makalah ini ingin membincangkan kerjasama ibubapa, guru dan ahli sains dalam pendidikan sains terutamanya yang berkaitan dengan menanam minat pelajar terhadap bidang tersebut.
"Ibu adalah guru pertama anak-anak". Ungkapan ini kerap kali kita dengar dan ia bukan sahaja merujuk kepada peranan ibu dalam mendidik anak-anak tetapi lebih luas lagi, ungkapan ini turut melihat peranan bapa dan ahli keluarga dalam pendidikan seorang anak.
Berkaitan dengan menanam minat terhadap bidang sains, peranan ibu bapa sangatlah penting. Dalam hal ini, ibu bapa hendaklah menyediakan atau membentuk satu suasana pembelajaran sains di rumah iaitu merangkumi kegiatan penerokaan, pemerhatian, pengkajian dan penilaian. Anak-anak hendaklah digalakkan untuk bertanya banyak soalan dan soalan-soalan tersebut perlu dijawab oleh kedua ibu bapa. Jika tidak berupaya menjawab soalan anak, maka ibu bapa boleh mencari jawapan tersebut bersama-sama anak-anak di internet atau buku-buku yang banyak terdapat di pasaran.
Di rumah juga, dalam usaha membentuk minat terhadap sains, terdapat banyak kegiatan yang boleh dilakukan bersama-sama anak. Misalnya, ketika memasak, ibu boleh mengambil kesempatan itu untuk menarik minat anak memerhati dan berfikir. Sebagai contoh, ketika menjerang air, tanyalah kepada anak kenapa wap panas keluar apabila air sudah masak. Atau ketika menggunakan soda bikarbonat ketika membuat kek, tanyakan kepada anak kenapa kek itu naik atau mengembang.
Ujikaji mudah ini juga boleh dikembangkan agar anak boleh merasakan keseronokan kegiatan tersebut. Sekali lagi, bahan-bahan yang ada didapur boleh digunakan. Cubalah campurkan cuka dan soda bikarbonat. Saksikan nanti bagaimana kedua-dua bahan ini bertindakbalas! Anak-anak akan seronok melihat buih-buih keluar daripada tindakbalas dua bahan tadi. Terangkan kepada anak-anak kenapa ini terjadi dan biarkan pula si anak mencubanya sendiri. Namun, jangan lupa, setiap kegiatan hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan diawasi ibu bapa.
Apa yang telah ditunjukkan di atas adalah bukti bahawa pelbagai kegiatan sains boleh dijalankan di rumah. Bukan sahaja di dapur, kegiatan sains itu juga boleh dijalankan semasa berkebun di laman rumah, ketika mencuci kereta dan sebagainya. Malah, kegiatan sains juga boleh dilakukan ketika bercuti ke pantai atau ketika melancong ke pelbagai tempat yang menarik. Apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah mencari maklumat kegiatan yang boleh dilakukan bersama keluarga di internet atau buku. Apa yang penting adalah perancangan awal terhadap apa-apa kegiatan yang ingin dilakukan.
Para guru juga mempunyai tugas yang besar dalam usaha membentuk sikap dan pemikiran saintifik di kalangan pelajar. Sikap dan pemikiran ini pastinya perlu dipupuk dengan menanam minat pelajar terhadap sains. Pelajar hendaklah dididik mempelajari dan meminati sains kerana sains penting dalam hidup manusia. Sains secara asasnya bermula untuk menyelesaikan masalah seharian manusia. Inilah hakikat yang harus difahami semua pihak. Ini juga bermakna sains adalah berkaitan dengan kegiatan harian manusia dan bukannya untuk mendapat markah tinggi atau mendapat peluang pekerjaan yang baik sahaja.
Sebagai seorang guru, mereka seharusnya bijak dan kreatif merancang kegiatan pembelajaran sains dengan lebih menarik. Seperti yang disebutkan awal tadi, kegiatan pembelajaran itu hendaklah meliputi ciri kegiatan sains iaitu pemerhatian, penerokaan, percubaan ujikaji, penilaian dan pelaporan kajian. Pelajar hendaklah digalakkan dan diberi peluang untuk bertanya soalan dan mencuba sendiri ujikaji yang dijalankan. Ini sangat penting kerana mempelajari sains tanpa berpeluang mencuba atau melakukan kajian sendiri adalah ibarat lagu tanpa irama. Kegiatan ‘hands on' ini sangat penting dalam pendidikan sains.
Pembelajaran sains juga tidak sewajarnya terhad di dalam kelas semata-mata. Pelajar juga harus diberi peluang untuk belajar di luar kelas. Malah, pembelajaran luar kelas ini memberi pelajar lebih peluang untuk meneroka dan memerhati. Guru-guru boleh membawa pelajar menyelidiki persekitaran sekolah. Semasa kegiatan ini, pelajar boleh disuruh membuat inventori serangga yang ada di kawasan sekolah. Ataupun, pelajar boleh mengumpul pelbagai jenis daun di sekolah dan disusun di dalam buku skrap. Daun-daun serta serangga tadi boleh disusun dan ditulis namanya. Lebih menarik lagi jika pelajar disuruh mencari nama saintifik serangga atau tumbuh-tumbuhan yang dikumpul.
Malu bertutur, tidak yakin diri punca kegagalan pelajar
PERSOALAN mengenai sama ada undang-undang boleh mencampuri hal ehwal moral dicetuskan semula oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Pertubuhan ini melihat undang-undang semata-mata dari lensa Barat dan tidak diadunkan dengan budaya masyarakat tempatan yang disulami dengan agama. Mereka menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu. Mereka mengatakan undang-undang tidak boleh mengawal salah laku moral, jika seseorang itu berdosa hanya Tuhan yang layak menghukum mereka.
Menelusuri undang-undang Islam pandangan ini jelas tidak mengambil kira perspektif Islam dan meletakkan hak asasi manusia di atas agama itu sendiri.

Sebenarnya budi pekerti dan moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan masyarakat ikhlas dan amanah. Orang yang tidak bermoral akan mudah terjerumus di dalam aktiviti jenayah. Apa yang dimaksudkan dengan moral individu oleh NGO berkenaan juga adalah tidak jelas. Apakah ia moral secara keseluruhannya ataupun sekadar merujuk kepada akhlak Islam? Jika ia merujuk kepada moral secara keseluruhannya maka ia adalah amat berbahaya kerana semua undang-undang digubal bagi menegakkan sistem moral yang jitu. Pembunuhan secara tidak sah, umpamanya adalah suatu perbuatan yang tidak bermoral, oleh itu ada undang-undang menangani kesalahan ini. Adakah kesalahan jenis ini juga hendak ditiadakan di dalam perundangan kita?
Sekiranya yang dimaksudkan itu hanya merujuk kepada kesalahan akhlak dan ibadat sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam, maka ia amatlah mendukacitakan kerana memprejudis hikmah agama Islam itu sendiri serta agama lain. Tiada agama yang berkompromi mengenai isu moral seperti ini. Sebagai contohnya sami Buddha di Thailand pernah berdemonstrasi membantah penjualan arak secara berleluasa dalam masyarakat mereka sehingga menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi muda. Undang-undang sebenarnya adalah bersandarkan kepada moral dan moral adalah bersandarkan kepada agama.
Walaupun salah satu Rukun Negara adalah Kesopanan dan kesusilaan, namun permasalahan moral ini sering kali diketepikan. Keruntuhan akhlak inilah yang kita hadapi kini. Sepatutnya di dalam membuat sesuatu keputusan kita merujuk kembali kepada Islam. 

RUMAH TERBUKA PERKUKUH SILATURAHIM
SYAWAL bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperkukuhkan silaturahim. Semangat berkesatuan sesama masyarakat Islam amat tinggi sekali pada bulan ini.
Di negara kita Malaysia, tradisi menyambut Aidilfitri amat unik sekali. Di samping berterusan mengagungkan kebesaran Allah sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan menunaikan ibadah berpuasa dan kembalinya sifat diri kepada fitrah, masyarakat Islam menyambut hari kebesaran Islam ini dengan mengadakan rumah terbuka.
Tradisi sambutan sebegini sepanjang Syawal adalah satu budaya mulia yang harus sentiasa dipupuk. Di samping itu, ia adalah satu kegiatan sosial yang amat berkesan dalam usaha pengukuhan silaturahim dan persefahaman sesama masyarakat Islam. Keberkesanan kegiatan ini terbukti kerana proses sosialisasi yang dimanifestasikan menerusi amalan rumah terbuka dibina diatas semangat ajaran keagamaan.




KUSESS today for me
Teacher learn how to create a blog.
New!
Today learn to build a blog
  • Pengikut

    Rangkaian Pilihan

    • kusess.edu.my
    • utusanonline
    • bharian.com

    Cari Blog Ini

  • NURHIDAYATI AB JALIL

    NURHIDAYATI AB JALIL

    KOLEKSI FOTO

    KOLEKSI FOTO