Kelemahan Pelajar Menjawab Peperiksaan Mata pelajaran Sains
Kenapa ramai pelajar yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam sains gagal menjawab semasa peperiksaan dengan baik? Adakah kurang latihan atau tidak fokus semasa peperiksaan? Berdasarkan pengalaman saya , ramai pelajar sebenarnya tidak menguasai soalan dengan baik.


Kebanyakan pelajar mengulangkaji menggunakan buku teks yang dibekalkan serta buku rujukan yang terdapat dipasaran. Oleh yang demikian bahasa yang digunakan adalah untuk menyatakan fakta atau konsep sains. Ini adalah berbeza dengan soalan peperiksaan. Soalan dibina adalah untuk menguji kefahaman pelajar. Disamping itu juga, peperiksaan mata pelajaran Sains juga menguji kemahiran saintifik pelajar seperti menganalisis dan mengaplikasi konsep sains. Oleh yang demikian, pelajar perlu menguasai soalan sebelum menjawab.

Bagi tujuan ulangkaji, ramai pelajar menggunakan buku latihan yang terdapat dipasaran. Pelajar akan kecewa dan bosan apabila mereka gagal menjawab seperti contoh jawapan yang diberi. Salah satu punca kegagalan ini adalah disebabkan pelajar kurang faham akan kehendak soalan.

Untuk menguasai soalan, penguasaan bahasa adalah sangan penting. Jika soalan yang ditanya tidak difahami oleh pelajar dengan baik, ia akan menyebabkan jawapan yang diberi tidak lengkap, tidak berkaitan atau pelajar tidak menjawab sama sekali.

Kerajaan menggalakkan rakyat untuk menjadikan membaca satu amalan. Ini kerana membaca amat penting bagi meningkatkan penguasaan bahasa seseorang. Bagi meningkatkan penguasaan bahasa dikalangan pelajar, amalan membaca adalah merupakan amalan yangn sangat penting. Pelajar perlu mempelbagaikan bahan bacaan disamping memilih bahan bacaan yang baik.

Bagi tujuan meningkatkan kemahiran menjawab dalan mata pelajaran Sains, pelajar tidak boleh hanya memilih bahan yang berkaitan Sains sahaja. Ini kerana bagi penguasaan bahasa, pelajar perlu memilih pelbagai bahan jenis bacaan seperti surat khabar, majalah, jurnal dan artikel. Ini kerana ia dapat membantu pelajar dlam memahami kehendak soalan dengan lebih baik. Penguasaan bahasa yang baik merupakan langkah pertama dalam memahami kehendak soalan disamping memberikan jawapan yang terbaik.

0 Responses
  • Pengikut

    Rangkaian Pilihan

    • kusess.edu.my
    • utusanonline
    • bharian.com

    Cari Blog Ini

  • NURHIDAYATI AB JALIL

    NURHIDAYATI AB JALIL

    KOLEKSI FOTO

    KOLEKSI FOTO