RUMAH TERBUKA PERKUKUH SILATURAHIM
SYAWAL bulan terbaik untuk masyarakat Islam memperkukuhkan silaturahim. Semangat berkesatuan sesama masyarakat Islam amat tinggi sekali pada bulan ini.
Di negara kita Malaysia, tradisi menyambut Aidilfitri amat unik sekali. Di samping berterusan mengagungkan kebesaran Allah sebagai tanda kesyukuran atas kemenangan menunaikan ibadah berpuasa dan kembalinya sifat diri kepada fitrah, masyarakat Islam menyambut hari kebesaran Islam ini dengan mengadakan rumah terbuka.
Tradisi sambutan sebegini sepanjang Syawal adalah satu budaya mulia yang harus sentiasa dipupuk. Di samping itu, ia adalah satu kegiatan sosial yang amat berkesan dalam usaha pengukuhan silaturahim dan persefahaman sesama masyarakat Islam. Keberkesanan kegiatan ini terbukti kerana proses sosialisasi yang dimanifestasikan menerusi amalan rumah terbuka dibina diatas semangat ajaran keagamaan.




2 Responses
  1. masih banyk perkara yang perlu di perbaiki


  2. Bayi-bayi dilahirkan dengan fitrah, hatinya bersih bergema kesucian, jiwanya putih tak tercelup najis dosa tapi kebanyakan ibu bapa menyajikan mereka dengan hidangan dunia yang merosakkan. Telah berkata Imam Suyuthi bahawa mengajarkan al-Quran kepada anak-anak merupakan salah satu di antara asas-asas Islam, sehingga mereka tumbuh di atas fitrah. Begitu juga cahaya hikmah akan terlebih dahulu masuk ke dalam hati mereka sebelum dikuasai oleh hawa nafsu dan dinodai oleh kemaksiatan dan kesesatan.

    Ibnu Khaldun mencoretkan dalam Muqaddimahnya, apabila Harun Ar-Rasyid memberikan anaknya Al-Amin kepada pendidiknya dia berkata: “Wahai Ahmar (kemerah-merahan), sesungguhnya Amir Al-Mukminin telah memberikan kamu buah hatinya dan kegembiraan jiwanya. Jadikanlah diri kamu bermurah terhadapnya, wajiblah ke atasmu mentaatinya, sesuaikanlah diri kamu dengan taraf kedudukannya yang telah diberikan oleh Amir Al-Mukminin. Ajarilah dia Al-Quran. Berikanlah dia pengetahuan sejarah. Perdengarkanlah dia syair-syair, ajarkanlah dia ilmu sunnah. Perjelaskanlah untuknya tempat kata-kata dan permulaan-permulaanya. Laranglah dia daripada ketawa melainkan pada masanya. Janganlah membiarkan masa berlalu tanpa mengambil kesempatan bagi memberikan dia faedah. Janganlah dia selalu bersedih menyebabkan fikirannya mati, dan janganlah selalu memaafkan dia menyebabkan dia selesa dengan masa lapang dan menjadi biasa dengannya. Betulkan dia dengan cara mesra, baik dan lembut sedaya upayamu. Jika tidak berkesan juga, gunakanlah cara tegas dan kasar.”

    Allah berfirman dalam surah An-Nahl, ayat 89, maksudnya: “Dan Kami turunkan kepadamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu, dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang yang berserah diri (kepada Allah).”

    Hisyam Ibn Abdul Malik berpesan kepada pendidik anaknya, Sulaiman Al-Kalbi, “Sesungguhnya inilah anak saya, dan dia merupakan kulit di antara kedua-dua mata saya. Saya telah menjadikanmu guru bagi mendidiknya; berpgang teguhlah dengan taqwa kepada Allah, laksanakanlah amanah. Pertama sekali saya berpesan kepadamu, berpeganglah dengan kitab Allah. Perdengarkanlah kepadanya syair-syair yang paling elok. Bawalah dia berjalan-jalan di pelusuk desa Arab. Ambillah syair-syair mereka yang baik. Tunjukkanlah dia sebahagian perkara yang halal dan sebahagian perkara yang haram serta khutbah dan kisah peperangan.

    Al-Bukhari meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda ketika mengkebumikan dua mayat di dalam satu kubur, “Siapakah antara keduanya yang banyak sekali menghafaz Al-Quran?” Apabila diisyaratkan kepada salah seorang daripada keduanya, maka Rasulullah mendahulukannya ke dalam liang lahad.


  • Pengikut

    Rangkaian Pilihan

    • kusess.edu.my
    • utusanonline
    • bharian.com

    Cari Blog Ini

  • NURHIDAYATI AB JALIL

    NURHIDAYATI AB JALIL

    KOLEKSI FOTO

    KOLEKSI FOTO